Bekas pegawai penyelidik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dakwa diancam pihak tertentu, buat laporan polis dan serah akuan bersumpah

0

Muhammad Yusoff Rawther membuat laporan di Balai Polis Sentul dan menyerahkan akuan bersumpah mendakwa dirinya  dicabul oleh bekas majikannya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, laporan itu dibuat supaya pihak polis menyiasat dakwaannya serta mengambil tindakan undang-undang.

Muhammad Yusoff yang juga bekas pegawai penyelidik Dato’ Seri Anwar telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya yang mula diancam oleh pihak tertentu sebaik sahaja satu sidang media yang telah diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Anwar menafikan perkara itu dan berkata pada tarikh berkenaan sedang sibuk berkempen sempena pilihan raya kecil Port Dickson.

Ketua Polis Sentul, S.Shanmugamoorthy mengesahkan laporan yang dibuat oleh Muhammad Yusoff dan memberitahu kes terbabit dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Leave a Reply