742 ditahan kerana ingkar PKP, 165 didakwa di mahkamah

0

Kira-kira 1,547 sekatan jalan raya dilakukan mendapati hampir 400 ribu kenderaan telah diperiksa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seramai 742 individu ditahan kerana ingkar PKP ketika melakukan operasi sekatan jalan raya dan rondaan di beberapa kawasan.

Sehingga kini 165 individu telah dituduh di Mahkamah dan enam daripada mereka telah dijatuhi hukuman denda atau penjara.

Di Sarawak, bagi individu yang ingkar arahan PKP akan dipenjarakan dalam tempoh sebulan sehingga empat bulan.

Menerusi PKP fasa kedua ini, pihak PDRM, ATM dan sebagainya akan memastikan tindakan tegas akan dilaksanakan kepada individu yang melanggar PKP.

INGKAR PKP : 165 INDIVIDU DITUDUH DI MAHKAMAH Pihak akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 31 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply