73 anggota kesihatan positif COVID-19

0

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Noor Hisham Abdullah mendedahkan seramai 73 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif COVID-19 dan rata-ratanya bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

47 daripada jumlah itu jangkitan berpunca daripada ketika menghadiri satu majlis perkahwinan pada 6 Mac di Bangi dan 7 Mac di Putrajaya yang turut dihadiri oleh jemaah perhimpunan tabligh.

Lain-lain punca termasuklah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif COVID-19.

Bagi membendung jangkitan ini merebak, kesemua 1,895 petugas kesihatan yang merawat pesakit COVID-19 telah menjalani ujian saringan.

Keputusan mendapati 1,187 daripada mereka negatif manakala 708 lagi masih menunggu hasil siasatan.

Dengan ini, pihak KKM memohon agar semua anggota kesihatan dan barisan hadapan untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terlibat secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri program ijtimak di Seri Petaling atau majlis perkahwinan di Bangi dan Putrajaya.

Sehingga 25 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, dilaporkan bahawa terdapat 73 anggota kesihatan KKM dikesan positif…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 25 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply