67,617 task force dijalankan di seluruh negara

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,617 pemeriksaan bagi pemantauan dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) di seluruh negara.

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan juga telah melakukan pemeriksaan sebanyak 4,466 di pasar raya, 4,519 restoran, 1,129 kilang serta 4,655 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan juga telah dilaksanakan melibatkan 1,170 terminal pengangkutan darat, 199 terminal pengangkutan air dan 85 terminal pengangkutan udara.

Selain itu, operasi berkenaan juga telah memeriksa sebanyak 28,349 buah kenderaan persendirian, 2,320 kenderaan awam, 2,404 pasar awam, 3,563 tempat ibadah, 1,622 tempat riadah dan 289 tapak binaan.

Sebanyak 3,288 Pasukan Pematuhan telah melalukan pemantauan yang melibatkan seramai 17,060 anggota.

Pemantauan ini juga turut disertai oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply