67 hotel lagi akan diwartakan sebagai pusat kuarantin

0

Sehingga kini, sebanyak 143 pusat kuarantin termasuk 24 buah hotel telah beroperasi sepenuhnya dan menempatkan seramai 9,720 individu yang sedang menjalani proses kuarantin.

Untuk tambahan, kerajaan juga kini sedang dalam proses mewartakan sebanyak 67 buah hotel lagi untuk dijadikan pusat kuarantin.

Penambahan ini akan menjadikan jumlah keseluruhan hotel yang diwartakan adalah 112 buah termasuk 45 yang diwartakan pada 6 April.

Mengambil kira aspek keselesaan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan setiap rakyat dengan memberikan tempat terbaik untuk mereka diami sepanjang menjalani proses kuarantin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply