PKP : 67 gelandangan diselamatkan di Ipoh – MB Peja

0

IPOH : Menteri Besar Perak telah meninjau kawasan dipercayai menjadi pot gelandangan di sekitar Ipoh malam tadi.

Hasilnya 67 gelandangan telah berjaya diselamatkan dan kini mendapat tempat berteduh yang jauh lebih baik di Pusat Penempatan Gelandangan Semasa Covid-19.

Menurut Dato’ Seri Ahmad Faizal, ke semua mereka diberikan pakaian yang bersih, makanan percuma lima kali sehari, malah kesihatan mereka juga dipantau.

“Alhamdulillah, seramai 67 gelandangan yang telah diselamatkan di sekitar Bandaraya Ipoh kini mendapat tempat berteduh yang jauh lebih baik di Pusat Penempatan Gelandangan Semasa Covid-19. Mereka mendapat pakaian yang bersih, makanan percuma lima kali sehari, malah kesihatan mereka juga dipantau.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan Majlis Bandaraya Ipoh yang menyelaraskan pengurusan pusat penempatan sementara ini dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rela, PDRM, AADK, JPN, JIM, Bomba dan JaPen. Ucapan penghargaan juga buat lima badan NGO; Dapur Jalanan D’Polo, Wak Puji, Ipoh Central Kitchen, dan Kiwanis yang menyumbangkan makanan bermasak buat semua gelandangan di sini. Tahniah dan syabas semua pihak yang terlibat”, katanya dalam satu kenyataan di facebook rasminya.

Terima kasih di atas keprihatinan Dato’ Seri Peja dan barisan kepimpinan Negeri Perak yang tanpa putus menyalurkan bantuan kepada rakyat Perak sepanjang tempoh PKP ini. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply