67.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19

0

Setakat semalam, sebanyak 67.4 peratus atau 15,772,760 daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) di Twitter, seramai 20,401,824 yang mewakili 87.2 peratus populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima  satu dos vaksin berkenaan.

Yang pasti angka itu dicapai menerusi pemberian sebanyak 300,501 dos vaksin COVID-19, semalam.

JKJAV berkata jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 36,141,604 dos.

Ia merangkumi pemberian vaksin jenis dos tunggal dan dua dos.L

Mengikut info grafik JKJAV, Lembah Klang mendahului peratusan populasi keseluruhan dengan 82.2 peratus penduduk sudah menerima dos pertama dan 70.1 peratus melengkapkan dos kedua.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Labuan yang mencatatkan 70.4 peratus bagi pemberian dos pertama dan 65.5 peratus untuk dos kedua.

Sarawak berada di kedudukan ketiga dengan 65.9 peratus selesai dos pertama dan 63.4 peratus lengkap kedua-dua dos.

Sementara itu, tiga negeri yang merekodkan kadar terendah peratusan lengkap vaksinasi mengikut populasi keseluruhan adalah Kedah, Kelantan dan Sabah.

Secara perbandingan, Kedah merekodkan pemberian vaksin dos pertama sebanyak 52.6 peratus dan 34.5 peratus bagi dos kedua, manakala Kelantan mencatatkan 44.0peratus (dos pertama) dan 30.9 peratus (dos kedua), diikuti Sabah iaitu 43.6 (dos pertama) dan 30.6 (dos kedua). –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply