653 pelajar zon utara akan dihantar pulang ke zon sama petang ini

0

Pelajar dari lima Institut Pengajian Tinggi (IPT) di zon utara yang bergerak pulang malam tadi dilaporkan telah selamat tiba ke rumah masing-masing di zon tengah.

Manakala untuk hari ini dan esok Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneruskan misi penghantaran pulang seramai 653 pelajar di zon utara ke kampung halaman mereka di zon utara serta 280 pelajar di zon Sarawak dihantar ke Sarawak.

Bagi pergerakan pelajar di zon utara ianya melibatkan 44 buah bas bagi pergerakan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Seperti yang dimaklumkan, pelajar-pelajar dari UITM, UUM, Politeknik dan IPT di zon utara yang bertolak pada jam 2.00 petang tadi dijangka tiba petang ini sebelum waktu berbuka, manakala pergerakan pelajar dari USM akan bertolak jam 9.00 malam ini.

Di Sarawak pula, seramai 42 pelajar dari UNIMAS telah dihantar pulang ke rumah masing-masing hari ini dengan menggunakan perkhidmatan dua buah bas dan satu van sekitar jam 9.00 pagi tadi.

653 pelajar dari zon utara akan dihantar pulang di zon sama menaiki 44 buah bas bermula petang ini. Para pelajar perlu…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 29 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply