62,656 task force dijalankan di seluruh negara

0

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 62,656 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara kelmarin.

Pasukan berkenaan juga telah melakukan pemeriksaan sebanyak 4,476 di pasaraya, 5,187 restoran, 1,474 kilang serta 3,100 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan juga telah dibuat melibatkan 1,210 terminal pengangkutan darat, 180 terminal pengangkutan air dan 71 terminal pengangkutan udara.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan juga telah memeriksa sebanyak 25,807 buah kenderaan persendirian dan 2,541 kenderaan awam.

Turut diperiksa adalah 2,015 pasar awam, 3,580 tempat ibadah, 1,498 tempat riadah dan juga 281 tapak binaan.

Sebanyak 3,336 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan seramai 17,811 anggota.

Pemantauan ini juga turut disertai pemeriksaan pematuhan adalah anggota daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply