6,234 warga Malaysia berada di benua Afrika

0

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar memaklumkan sehingga hari ini seramai 6,234 orang rakyat Malaysia yang berada di benua Afrika telah berdaftar dengan Kerajaan Malaysia.

Kementerian Luar Negeri di Afrika kini sedang giat berusaha menyediakan alternatif bagi membantu membawa pulang rakyat Malaysia di rantau berkenaan ke tanah air.

“Kementerian melalui Perwakilan Malaysia di sana sedang mencari alternatif kaedah penerbangan yang bersesuaian bagi membantu rakyat yang terjejas berikutan penutupan sempadan dan penggantungan operasi penerbangan komersial.

“Dalam pada itu, pihak kita di sana juga sentiasa memantau rapat perkembangan kes COVID-19 di benua berkenaan dan sentiasa menghulurkan bantuan sewajarnya kepada rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya pihak Kementerian juga mengambil berat permasalahan yang dihadapi rakyat Malaysia di Mesir, Sudan serta Nigeria seperti yang dilaporkan.

Sehubungan itu, menerusi kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Mesir setakat ini telah berjaya membawa pulang seramai 5,291 orang penuntut ke tanah air walaupun situasi di negara terbabit masih terkawal serta operasi penerbangan komersial masih digantung.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply