620 individu perlu jalani ujian saringan buat kali kedua

0

Seramai 620 Person Under Surveillance (PUS) yang pulang dari luar negara dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 buat kali kedua.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta serta menyeru individu yang terlibat untuk tampil memberikan kerjasama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

CP Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Huzir Mohamed berkata kegagalan berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (No7) (Pindaan) 2020.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di atas kedegilan dan kegagalan mereka untuk hadir membuat ujian saringan kali kedua.

“Mereka yang ingkar akan berdepan hukuman penjara tidak lebih daripada tempoh dua tahun atau denda atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan,” jelas beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

#PKPP #COVID-19KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAHUjian Saringan Wajib Bagi Mereka Yang Pulang Dari Luar Negara. #StayHome #BeSafe #Pray4MalaysiaHELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday, 2 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply