60 PATI positif dihantar ke pusat rawatan MAEPS

0

Berhubung kluster baharu melibatkan Depot di Bukit Jalil, kes berkenaan melibatkan PATI yang ditangkap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jalan Masjid India.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seperti yang diketahui umum di depot berkenaan, PATI tinggal sebilik atau dorm secara beramai-ramai.

Mungkin itu adalah antara punca menyebabkan berlakunya jangkitan dan juga penularan COVID-19 daripada salah seorang dari mereka sekaligus menyebabkan ianya merebak.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan.

“Bagi mereka yang didapati positif, mereka akan terus dihantar ke pusat rawatan sementara COVID-19 di MAEPS.

“Setakat ini, seramai 60 PATI yang positif telah pun dihantar ke MAEPS dan pihak KKM sedang membuat saringan kesihatan iaitu swab test untuk keseluruhan 1200 pati di dalam Depot Bukit Jalil.

“Namun saringan itu tidak hanya dilakukan terhadap PATI yang terkumpul namun ianya juga dilakukan terhadap para pegawai pegawai dan kakitangan depot yang melibatkan 114 pegawai, ujar beliau.

Beliau menambah, antara 114 orang pegawai yang perlu menjalani swab test ini merangkumi pegawai bertugas, pembekal makanan dan lain lain adalah negatif.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply