Nor Farhan Mohamed berjaya anjur pertandingan bola sepak bawah 12 tahun terbuka peringkat Pantai Timur

0

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Nor Farhan Muhammad, 34 tahun yang kini menyarung jersi PDRM berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak bawah 12 tahun peringkat Pantai Timur sabtu lalu.

 

Menurut pengasas kepada Nor Farhan Football , NFFA kira-kira 60 pasukan hadir berentap merebut kejuaraan di Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Bawah 12 tahun (B12) dan Lima Sebelah Bawah 9 tahun (B9) Piala Nang Surya anjuran Nor Farhan Football Academy (NFFA) dan Nang Surya Group baru-baru ini.

“Alhamdulillah selesai sudah kemeriahan NFFA.Tahniah pihak pengurusan NFFA yang telah berjaya menganjurkan kejohanan besar ini.Tahniah juga kepada pemenang.Tujuan dan matlamat NFFA adalah untuk menyerlahkan dan menyediakan platform untuk bakat-bakat muda seterusnya menjadi pelapis negeri serta negara pada satu masa nanti”, katanya.

Kejohanan yang berlangsung meriah di Padang Bola Kampung Rawai, Marang, Terengganu jelas mendapat sambutan hangat dengan penyertaan dari ketiga-tiga negeri Pantai Timur iaitu pasukan dari seluruh daerah negeri Terengganu dan wakil dari Kelantan serta Pahang.

“Semoga minat dan hobi anak-anak ini menjadi satu kerjaya di masa depan. Tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata-kata pahit manis kalah dan menang pelbagai reaksi ditunjukkan di ataa padang serta sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberi semangat kepada anak-anak masing-masing membuatkan saya berasa dekat dengan anda semua.

Jutaan terima kasih kepada penaja-penaja yang memeriahkan lagi karnival ini antaranya Nang surya, Pian’s Coconut Dealer, Suhana Frame Pintu, Paijang Shop, Komii Store, E58R (Tn man), Mj Print Ent, NSM sport & Ira Fatiran Guest House”, katanya kepada The Malaya Post.

Antara pasukan dari daerah negeri Terengganu yang menyertai kejohanan ini adalah, NFFA, RSJ Island Jr, Bukit Gasing Soccer Kids, Kepong Jr, Renapol FC, Nibung Jr, B’Teams, Peteh Kids, SPaRKT FB, NAG Jr FC, Katangg FC, ATFC, PJFA, Bukit Parit Jr, BTeam Cougars, Hazardous FC, PJ FC, Bukit Parit FC, RSJ Island, Family FC, Bayu FC, Teluk Paku Kids FC, Gong Kubor Jr FC, Nag FC dan Family FC.

Pasukan Kelantan yang terlibat pula adalah Ran FC, Pasir Puteh Cougars, Pasir Puteh Panthers, Pasir Puteh Leopard, Pasir Puteh Cheetah, Young Fighters Tiger dan Young Fighters Panthers.

Manakala wakil dari negeri Pahang iaitu Padang Damai Soccer Kids (PDSK) dan Kuantan Tigers.

Perlawanan akhir bawah sembilan tahun menyaksikan pertembungan dua pasukan iaitu Kuantan Tigers bertemu PDSK manakala pasukan Pasir Puteh Panthers menentang pasukan B’Teams bagi kategori bawah 12 tahun

Permainan tangkas selama 20 minit menyaksikan Kuantan Tigers menjuarai bagi kategori bawah sembilan tahun dan Pasir Puteh Panthers pula  dinobat sebagai juara bagi kategori bawah 12 tahun.

Juara bagi kedua-dua kategori membawa pulang piala kejohanan, medal dan wang tunai bernilai RM1,000 dan kategori bawah sembilan tahun masing-masing membawa pulang medal beserta wang tunai RM300.

Naib Johan pula dijuarai oleh pasukan PDSK dan berjaya membawa pulang medal serta wang tunai RM200 bagi kategori sembilan tahun.

B’Teams pula sekadar selesa bergelar Naib Johan bagi kategori 12 tahun dan menerima medal serta wang tunai RM700.

Tempat ketiga dan keempat bawah 9 tahun dimenangi oleh pasukan Pasir Puteh Cheetah dan Kuantan Tigers.

Pasukan Family FC dan Pasir Puteh Cougars pula sekadar akur berada ditangga ketiga dan keempat bagi kategori bawah 12 tahun.

Pada kejohanan ini, anugerah khas turut dipilih antaranya penjaring Glgol terbaik yang menjadi milik Mohd Fairul Aiman dari pasukan PDSK (bawah 9 tahun) dan Megat Alif Daniel wakil pasukan Pasir Puteh Panthers (bawah 12 tahun).

Manakala anugerah penjaring Terbanyak pula dirangkul oleh Muhammad Shah Haqiqullah juga dari pasukan PDSK (bawah 9 tahun) dan Mohd Zairol Aili wakil dari pasukan Pasir Puteh Panthers (bawah 12 tahun).

Haziq Haikal dari Kuantan Tigers (bawah 9 tahun) bergelar pemain terbaik, manakala Muhamad Hairi Hafiz terpilih bagi pasukan BTeam (bawah 12 tahun).

Setiausaha Kerja NFFA, Mohd Faizul Fakharudin Muhammad berkata, pihak NFFA amat berbesar hati dengan sambutan hangat dari pasukan yang menyertai kejohanan yang julung kali diadakan di daerah Marang ini.

Faizul turut memberitahu, syarikat milik penuh anak jati Terengganu, Nang Surya Group Sdn Bhd bertindak selaku penaja utama bagi kejohanan sulung anjuran NFFA ini.

“Insyaallah kejohanan bola sepak ini akan dijadikan sebagai acara tahunan namun pihak NFFA tetap optimis dan menyatakan ia turut bergantung kepada pihak yang berbesar hati dalam menyumbangkan tajaan bagi penganjuran besar sebagai simbolik aktiviti penutup acara akhir tahun” katanya kepada The Malaya Post.

Selain Nang Surya Group Sdn Bhd sebagai penaja terbesar, syarikat Kasut You, Pian’s Coconut Dealer, Suhana Frame Pintu, Paijang Shop, Komii, E58R, MJ Printing dan NSM Sport turut sama menyumbangkan tajaan masing-masing.

Penyampaian kejuaraan utama disempurnakan oleh Pengurus Kanan Nang Surya Group Sdn Bhd Puan Nik Suhaila Megat Deraman manakala Pengasas NFFA, Nor Farhan Muhammad turut menyampaikan hadiah Naib Johan bagi kedua-dua pasukan.

“Nang Surya adalah penaja utama karnival pada kali ini. Saya selaku penaung dan mewakili seluruh tenaga kerja NFFA menyusun sepuluh jari jika ada kesalahan kekurangan kami sebagai penganjur. Semoga kita berjumpa lagi. The beginnings to be a Legend”, katanya.

Ketua Urusetia Pemuda Dun Alur Limbat merangkap Exco Pemuda UMNO Bahagian Marang, Tuan Eksham Tuan Muda turut hadir mewakili Ketua Urusetia Dun (KUD) Alur Limbat Nik Rosidi Megat Deraman.

Leave a Reply