60.2 peratus atau 14,095,554 individu, populasi dewasa lengkap dua dos

0

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengesahkan sebanyak 60.2 peratus atau 14,095,554 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat ini.

JKJAV menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 80.9 peratus atau 18,948,648 orang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.

Daripada kenyataan itu, Labuan merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 92.9 peratus atau 63,663 orang.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 87.8 peratus (5,415,045 orang), Sarawak 86.3 peratus (1,762,553 orang), dan Negeri Sembilan 75.5 peratus (614,523 orang), Perlis 64.1 peratus (116,221 orang), Melaka 52.8 peratus (357,358 orang) dan Pulau Pinang 52 peratus (711,454 orang).

Pahang pula merekodkan sebanyak 47.6 peratus (560,105 orang), Terengganu 45.4 peratus (366,941 orang), Perak 45.3 peratus (843,511 orang), Johor 42.8 peratus (1,160,219 orang) dan Kelantan 42.2 peratus (521,942 orang). –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply