Hael Husaini terima kejutan dihadiahkan sebuah MPV mewah beserta nombor pendaftaran simbolik namanya sendiri

0

Sungguh bertuah tuan empunya lagu Jampi, penyanyi dan komposer Hael Husaini apabila tiba-tiba mendapat kejutan, dihadiahkan sebuah MPV mewah berserta nombor pendaftaran persis namanya sendiri.

Menerusi kapsyen Instagram penyanyi Hael Husaini “Yeay boleh gi dating. Thank you to my crazy management! I’ll work harder ❤” kelihatan sedang berswapfoto bersama MPV mewah di sebuah galeri kenderaan mewah.

MPV mewah jenis Toyota Vellfire itu merupakan hadiah dari pihak pengurusan atas usaha dan kerja keras menghasilkan karya seni yang menyumbang kepada kejayaan berganda selama berjuang di dalam industri hiburan tanahair.

Entri yang di muat naik oleh pihak pengurusan @anne.farina, Hael teruja hingga ‘terduduk’ kerana tidak menyangka menerima hadiah sebuah MPV mewah.

Kerjaya penyanyi dan juga penulis lirik ini mula meningkat naik menerusi lagu Jampi yang menjadi kegilaan ramai.

Prestasi kejayaan Hael Husaini terus memuncak apabila telah menjuarai dua Anugerah Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut menerusi lagu Jampi dan Haram duet bersama ratu Pop dan R&B, Dayang Nurfaizah.

Terkini, sekali lagi mengekalkan rakan duet bersama Dayang Nurfaizah berjudul Hari Ini, telah mula dimainkan di semua platform digital dan radio.

Hael menginspirasikan lagu terbaru ini sebagai hadiah istimewa buat para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya mereka berdua.

Leave a Reply