5,713 kes baharu Covid-19 direkod hari ini

0

Kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 5,713 kes dilaporkan hari ini, berbanding 5,291 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian di Twitter berkata pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan naik kepada 2,492,343.

Sebanyak 5,681 kes yang dilaporkan hari ini membabitkan penularan tempatan iaitu 5,392 atau 94.9 peratus adalah warganegara dan 289 atau 5.2 peratus bukan warganegara.

Beliau berkata, KKM mengesan 32 kes import membabitkan 12 warganegara dan 20 warga asing.

“Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,620 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KKM turut mengesan lima kluster baharu, empat daripadanya di tempat kerja dan satu kluster dalam komuniti.

Ia menyumbang kepada 5,793 kluster setakat ini, dengan 5,426 kluster sudah ditamatkan dan 367 kluster masih aktif.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply