5,291 jangkitan baharu Covid-19

0

Sebanyak 5,291 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,486,630 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan ringkas di Twitter, 5,284 daripadanya merupakan penularan tempatan dan tujuh lagi kes import.

Katanya, 4,998 (94.6 peratus) penularan tempatan itu membabitkan rakyat Malaysia, manakala 286 (5.4 peratus) bukan warganegara.

Kes import pula membabitkan empat rakyat Malaysia dan tiga warga asing.

“Jangkitan baharu dilaporkan hari ini meliputi 75 kes (1.4 peratus) kategori 3, 4, dan 5, serta 5,216 kes (98.6 peratus) kategori 1 dan 2.

“Selain itu, tujuh kluster baharu COVID-19 turut dikesan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply