51,000 penuntut IPT telah dihantar pulang ke pangkuan keluarga

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang seramai 51,000 pelajar IPT yang berada di kampus ke pangkuan keluarga masing-masing sejak penghantaran pulang pelajar yang bermula 27 April sehingga semalam (21 Mei).

“Semalam KPT telah menghantar pulang seramai 894 orang pelajar yang melibatkan 2 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dan 2 penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.

“Proses penghantaran pulang pelajar ke kampus terhenti seketika untuk perayaan Aidilfitri dan akan disambung semula pada 28 Mei depan.

“Seramai 1,722 orang pelajar akan dihantar pulang dan akan melibatkan tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan tiga penerbangan lagi dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply