51 individu gagal patuhi SOP ‘home quarantine’

0

Seramai 4,768 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga 2 Ogos.

Kesemua individu ini telah ditempatkan di 19 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kelantan.

Turut direkodkan warga tempatan yang pulang adalah dari 26 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol dan juga Australia.

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) – 3 Ogos 2020

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 03 Agustus 2020

Dalam pada itu, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama anggota PDRM akan membuat pemeriksaan (spot-check) untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan dan setakat ini, PDRM telah melakukan sebanyak 2,160 pemeriksaan (spot-check).

Hasil daripada pemeriksaan, jumlah kumulatif yang telah diambil tindakan kerana gagal mematuhi SOP ‘home quarantine’ adalah seramai 51 individu.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah membuat ketetapan akan ada pengecualian bayaran kos kuarantin bagi pelajar yang tamat tempoh pengajian.

Manakala bagi pelajar yang ditaja oleh agensi kerajaan, badan penaja akan menanggung kos kuarantin yang dikenakan.

Bagi pelajar dari keluarga B-40 yang pulang dari luar negara pula, mereka boleh memohon pengecualian dan proses verifikasi akan dilakukan melalui data sedia ada Bantuan Sara Hidup (BSH).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply