503 PATI telah pulih COVID-19 akan dihantar terus ke negara asal

0

Bermula 1 Mei sehingga 14 Jun, seramai 822 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 144 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus.

Turut ditahan seramai 12 individu disyaki penyeludup melibatkan 15 buah kapal.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan membuat pemeriksaan ke atas 45,116 kenderaan bertujuan mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

PDRM dilaporkan berjaya menahan lapan warganegara asing atas kesalahan imigresen.

PATI yg ditahan perlu dan telah menjalani saringan COVID-19. Bagi yang positif, mereka telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, MAEPS, untuk rawatan lanjut.

Untuk rekod, pusat rawatan ini telah merawat sejumlah 819 PATI sejak 21 Mei 2020.

503 daripada jumlah ini telah discaj dan akan dihantar pulang terus ke negara asal masing-masing.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply