5 kaedah didik anak bermula dari kecil

0

Perumpamaan ada mengatakan, anak-anak umpama sehelai kain putih. Putih bersih dan tiada noda.

Apa saja yang dilukis di atasnya akan menjadi cermin kepada tingkah laku dan keperibadian mereka.

Itulah perumpamaannya buat ibu bapa, perlu tahu cara membentuk dan mengajar nilai-nilai murni kepada anak-anak seawal yang boleh agar mereka kelak menjadi seorang yang elok keperibadiannya.

Menerusi laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, ada perkongsian nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak

1. Meminta izin

Meminta izin untuk melakukan sesuatu perkara atau jika inginkan sesuatu. Sebagai contoh, meminjam barang orang lain.

Ibu bapa perlu mengkaji kebaikan dan keburukan sebelum memberi kebenaran tersebut. Jangan lupa memberi penjelasan logik jika anda tidak memberi keizinan.

2. Meminta tolong

Meminta tolong jika memerlukan bantuan. Dalam hal ini, ibu bapa dan orang dewasa perlu menunjukkan contoh yang baik agar menjadi panduan buat anak.

Sebagai contoh, ibu bapa juga perlu saling meminta pertolongan berbanding dengan memberi arahan.

3. Ucap terima kasih

Mengucapkan terima kasih. Ini tanda mereka menghargai dan gembira dengan pemberian barangan atau keizinan yang diberi.

4. Akui kesilapan

Kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan anak-anak. Proses pembelajaran memberi peluang mereka untuk mengeksplorasi sesuatu dan kadang-kadang mungkin berlaku kesilapan.

Terangkan kepada mereka apa yang dilakukan adalah salah dan mengapa. Naluri kanak-kanak ingin tahu mengapa. Kemudian, mereka akan faham dan mengakui kesilapannya. Katakan pada mereka, kita tidak marah, tetapi ia perlu diperbaiki. Ibu bapa disaran menggunakan pendekatan diplomasi yang sesuai.

5. Minta maaf

Bertitik tolak dari situ, barulah anak-anak ini sedar kesilapan mereka dan meminta maaf. Sekali lagi ibu bapa perlu pendekatan sesuai dalam mengajar anak meminta maaf agar tidak menyinggung emosi mereka.

Ini adalah antara perkara penting perlu diterapkan dalam peribadi dan tingkahlaku anak anak sejak dari kecil kerana inilah caranya mereka belajar menghormati orang lain dan membina tingkah laku bersopan santun.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi input yang baik untuk dipraktikkan oleh para ibu bapa.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Ini adalah antara perkara penting untuk diterapkan dalam peribadi dan tingkahlaku anak anak sejak dari kecil selain dari menghormati orang yang lebih tua dan bersopan santun

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 16 June 2020

Leave a Reply