49,437 penuntut telah dihantar pulang ke pangkuan keluarga

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak 27 April sehingga 19 Mei, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang seramai 49,437 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA,IPTS).

Kelmarin, kira-kira tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dijadualkan membawa 861 penuntut manakala satu penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu juga dijadualkan membawa 160 penuntut pulang.

Hari ini, KPT merancang menghantar pulang 894 penuntut, melibatkan dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dan dua penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply