Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian itu berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 3,830 kes.
“Daripada jumlah yang dikesan itu, 3,810 kes membabitkan VOC dengan 20 kes ialah VOI. Sehingga kini sebanyak 3,570 kes varian Delta, Beta (226) dan Alpha (14).
“Sementara itu bagi kes VOI, sejumlah 13 kes Theta, Kappa (empat kes) dan Eta (tiga kes),” katanya.
Kenyataan Akhbar KPK 11 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/YpwjfdnF8l
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 11, 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kes berkenaan membabitkan tiga negeri iaitu 34 kes dikesan di Pulau Pinang, Pahang (12) dan Perlis (dua).–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost