463 kawasan terjejas di Lembah Klang terima bekalan air bersih

0

Ini pula berita baik untuk warga Lembah Klang.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan dalam satu kenyataan di Facebook (FB) rasminya berkata kesemua 463 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual sudah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada 6 pagi tadi.

Kelmarin 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan oleh henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

“Bekalan air di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Langat Pulih Sepenuhnya,” katanya.

Maklumat terkini boleh didapati di semua aplikasi iaitu Twitter, FB, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Pusat Khidmat Bantuan (Help Centre) di aplikasi Air Selangor. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply