44 pekerja pembinaan disahkan positif COVID-19

0

Daripada 400 pekerja tapak pembinaan di Kuala Lumpur yang telah disaring COVID-19, 44 orang darinya didapati positif dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan memaklumkan kluster ini dikenalpasti setelah pihak kontraktor melakukan ujian kesihatan ke atas semua pekerja sebelum dibenarkan bekerja.

Manakala, pekerja-pekerja yang mempunyai kontak rapat juga telah dikuarantin.

Sehubungan ini, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengeluarkan perintah bagi penutupan tapak pembinaan berkenaan termasuklah rumah kongsi yang terlibat.

JKWP juga akan melaksanakan operasi sanitasi ataupun proses nyah kuman di tapak pembinaan serta rumah kongsi terbabit.

Dalam masa yang sama, CIDB akan terus memeriksa kesemua tapak pembinaan bagi memastikan SOP dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (26 Mei 2020)#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Selasa, 26 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply