4,399 PATI telah disaring, 354 disahkan positif

0

Seramai 4,399 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada di tiga Depot Tahanan Imigresen telah disaring ujian COVID-19 dan 354 orang dari jumlah berkenaan disahkan positif.

Daripada jumlah itu, rekod menunjukkan 305 kes daripada Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, 45 di Semenyih dan empat di KLIA.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua yang positif telah dihantar ke pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 MAEPS, manakala 13 kes di Depot Tahanan Imigresen Semenyih masih menunggu laporan kesihatan.

“Setakat hari ini, kira-kira 353 pegawai termasuk kakitangan ketiga-tiga Depot Tahanan Imigresen juga turut menjalani ujian swab test dan seorang kakitangan Depoh Tahanan Imigresen Semenyih didapati positif.

“Sejak pusat kuarantin dan rawatan ini dibuka untuk merawat PATI, seramai 370 orang telah menerima rawatan dan 16 orang telahpun discaj.

“Manakala PATI yang disaring dan didapati negatif akan dihantar pulang ke tiga negara yang terlibat iaitu Indonesia, Nepal dan Bangladesh,” ujar beliau.

Berbicara lanjut, beliau berkata pihak Wisma Putra juga kini sedang berbincang dengan rakan sejawat di tiga negara berkenaan bagi urusan penghantaran pulang rakyat mereka.

Selain itu, Wisma Putra juga telah menghantar nota kepada semua kedutaan yang mana rakyat mereka kini berada di dalam penjagaan kerajaan Malaysia dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dikirim oleh RTM – Radio Televisyen Malaysia pada Rabu, 27 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply