424,000 kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental

0

Hasil kajian terkini sebuah institut kesihatan, National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 melaporkan 424,000 kanak kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.

Siapa sangka kanak-kanak yang kelihatan gembira tanpa perlu memikirkan masalah yang dilalui oleh orang dewasa juga mempunyai masalah mental.

Memetik perkongsian dari laman Public Health Malaysia, berdasarkan jumlah terbabit, masalah berkenaan kebiasaannya berlaku di kalangan kanak kanak perempuan yang tinggal di desa dan dari keluarga berpendapatan rendah.

Dalam laporan hasil kajian terkini NHMS 2019, didapati 424 ribu kanak kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan…

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 23 June 2020

Dari hasil kajian terbabit kira-kira 42% peratus masalah berkenaan berpunca permasalahan dengan rakan sebaya, 9.5% dari kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun dan 9.2% pula dari keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, ianya juga melibatkan 8.8% dari kalangan kanak-kanak di desa dan 8.4% kanak-kanak perempuan.

Oleh itu, ibu bapa haruslah mendekati anak anak dan kenalpasti jika mereka mula mempunyai gejala masalah kesihatan mental yang juga merupakan masalah kesihatan ‘tersembunyi’.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply