Instagram Allahyarham Siti Sarah akan tetap aktif untuk anak-anak dan promosi bisnes

0

Walaupun lebih seminggu penyanyi berbakat tanahair, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kita semua dan kembali ke pangkuan Yang Esa.

Namun perbualan mengenai kebaikan Allahyarham semasa hayatnya tidak pernah lekang dibibir peminat dan pengikut media sosial.

Terbaru, dalam satu kenyataan bagi pihak suaminya Shuib memberitahu bahawa laman Instagram arwah isterinya @sitisarahraissuddin akan diteruskan sebagai lambang kasih sayang Allahyarham kepada pengikutnya.

“Kasih sayang yang disemai arwah akan terus diabadikan menerusi akaun IG ini.

“Selepas ini, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arwah,” petik kenyataan itu lagi.

Turut dikongsikan klip video masakan Allahyarham ketika hayatnya.

“Terus sama-sama doakan dan sedekah Al Fatihah kepadanya,” kata kenyataan itu.

Semoga perkongsian di laman Instagram Allahyarham ini mampu mengubat kerinduan pengikut-pengikutnya.

Siti Sarah dalam kenangan.

Al Fatihah. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply