Covid-19 : Menteri Pembangunan Luar Bandar tunda lawatan kerja ke Sabah

0

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  menunda lawatan kerja ke Sabah yang sepatutnya bermula hari ini, 15 Julai hingga 18 Julai ini.

Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan menjelaskan ia berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

“Walaupun terpaksa menangguhkan lawatan ini, masyarakat luar Sabah sentiasa menjadi perhatian saya dan KPLB supaya tidak ketinggalan mendapatkan bantuan sepatutnya menerusi agensi-agensi kerajaan terutamanya di bawah kami.

“Antara perancangan dalam lawatan kerja saya ke Sabah adalah untuk melihat perkembangan semasa di negeri di bawah bayu itu disamping membantu penyampaian yang lebih berkesan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat pandemik.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskan menjaga SOP dan amalkan gaya hidup sihat. Hati-hati semua,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply