Bapa Ustaz Ebit Lew meninggal dunia

0

Bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit berkata, jenazah bapanya di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

Ustaz Ebit Lew turut menzahirkan penghargaan kepada adik-beradik yang sama-sama menjaga ayahnya dan berterima kasih kepada pengikutnya di atas ucapan dan doa buat Allahyarham bapanya.

Pada 6 Julai lalu, Ustaz Ebit berkongsi bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser yang kembali menyerang.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.

“Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami anak-anak.

“I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.

“Ya Allah, ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah, temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama”, doa beliau dalam perkongsian.

Kami warga The Malaya Post mengucapkan salam takziah kepada keluarga Ustaz EbitLew. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply