36,900 warga Malaysia telah pulang ke tanah air, dikuarantin wajib

0

Dilaporkan, sehingga kini sebanyak 243 pusat kuarantin telah beroperasi dan seramai 15,290 individu sedang menjalani kuarantin wajib.

Kira-kira 655 orang warganegara Malaysia telah pulang ke tanah air dan melalui proses kuarantin wajib kelmarin.

Setakat ini, sejumlah 36,900 orang rakyat Malaysia telah pulang dari luar negara dan dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.

Untuk rekod, sehingga hari ini seramai 28,984 individu telah selesai menjalani kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply