PKPD : Tiada isu penduduk yang terjejas dipinggirkan daripada menerima bantuan

0
Foto : Bernama

TAWAU : Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menafikan wujud isu penduduk terjejas di  kawasan PKPD yang dipinggirkan daripada menerima bantuan bakul makanan

Jelas Arnold Joib, Pihaknya sentiasa memantau kawasan yang terjejas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia mencakupi 20 lokaliti dalam daerah berkenaan.

“Sejumlah 8,572 bakul makanan telah diagihkan kepada lokaliti terjejas membabitkan sejumlah 7,372 ketua isi rumah sejak 1 April. Ini termasuk 540 bakul makanan yang diedarkan di lokaliti Kampung Muhibbah Raya (Jalan Morell) di mana enam individu ditahan kerana cuba mengadakan demonstrasi dengan mendakwa saudara mara mereka di sana tidak menerima bantuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, enam individu ditahan kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi yang diadakan bagi membantah PKPD di Kampung Muhibbah Raya dengan mendakwa penduduk di kawasan itu tidak menerima pertolongan dan bantuan yang secukupnya.

Manakala seorang lagi bertindak menyerah diri di balai polis berhampiran berhubung insiden itu,

Arnold berkata, memandangkan PKPD dilanjutkan di Kampung Muhibbah Raya hingga 8 Mei depan, bakul makanan tambahan akan dibekalkan ke lokaliti itu bermula esok hari ini.

“Bantuan itu juga akan merangkumi Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan yang turut menyaksikan PKPD bagi kedua-dua lokaliti dilanjutkan hingga 9 Mei,” katanya.

Tindakan MPT itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat kerana Tawau secara konsisten telah merekodkan jumlah tertinggi kes baharu COVID-19.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKPD di enam zon di Tawau berakhir hari ini seperti dijadualkan.

Enam zon terbabit mencakupi Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill dan Taman Sri Bukit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply