35 positif COVID-19, kluster Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dikesan

0

Sehingga 21 Mei 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen, Bukit Jalil.

Seramai 645 orang telah diambil sampel ujian, 35 darinya disahkan positif COVID-19 dan 400 kes negatif manakala 210 kes lagi masih menunggu keputusan dari makmal.

Kesemua 35 kes positif melibatkan bukan warganegara Malaysia yang terdiri daripada 17 warga Myanmar, 15 India dan satu kes masing-masing dari Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir

Menurut laporan, punca jangkitan masih di dalam siasatan dan KKM telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual.

Selain itu, bagi memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach).

KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN DI BUKIT JALILSatu kluster baru yang telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 21 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply