“Saya perhati je emas Datuk”, cincin emas pada jari DSV jadi tumpuan netizen

0

Semalam Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan ketidakpuasan hatinya ke atas juri Maharaja Lawak Superstar musim ke-2, pelakon berbadan sado, Zul Ariffin yang hanya memberikan tiga bintang kepada kumpulan ABC yang turut dianggotai Cik B, iaitu anak kepada jutawan kosmetik kelahiran Kelantan ini.

Melalui perkongsian video, DSV memuji kesungguhan juga komitmen anaknya bersama ahli kumpulan ABC yang lain serta ‘chemistry’ yang sangat baik bersama artis jemputan, Diva Azwan Ali.

Namun, bukan luahan kekecewaan DSV sahaja yang didengari oleh para pengikutnya, cincin emas yang bersaiz sangat besar dijarinya turut menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, cincin emas bersaiz luar biasa itu dipakainya sepasang di jari telunjuk tangan kiri dan kanan.

Wahhh… Lain macam mewahnya barangan kemas yang dijual DSV.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply