Air naik paras satu meter di LPT Kuantan-KL, jalan ditutup sementara waktu

0

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 Kuantan ke Kuala Lumpur di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang ditutup selepas dinaiki air kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan.

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, semua lorong ditutup kepada semua kenderaan dan memohon pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur menangguhkan perjalanan buat sementara waktu.

 

“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook menerusi Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” kata pihak berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply