3.8 juta isi rumah terima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020

0

Bermulai 20 Januari ini, seramai 3.8 juta penerima berdaftar dalam kategori isi rumah yang membabitkan peruntukan bernilai RM1 bilion akan memerima pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup bagi sesi tahun 2020.

Ia membabitkan penerima dengan pendapatan bawah RM2,000, RM2,001 hingga RM3,000 serta RM3,001 hingga RM4,000.

Menurut Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan berkata pangkalan data BSH 2019 telah melalui beberapa proses tapisan daripada agensi kerajaan.

Ia antara status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020.

Menurutnya lagi, pembayaran tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank berdasarkan maklumat semasa pendaftaran BSH. Masing masing bakal menerima RM300 pembayaran fasa pertama.

Selain itu, permohonan bagi kategori bujang yang berumur 40 tahun ke atas juga bakal dibuka bermula Februari ini.

Bagi pemohon yang mana penerima BSH 2019 dan juga penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah lulus, maka tidak perlu membuat permohonan baru mahupun mengemaskini permohonan jika tiada sebarang penukaran maklumat.

Tambahnya lagi, bagi mana mana pemohonan yang tidak lulus pada BSH 2019, maka harus membuat permohonan baharu atau boleh mengemaskini BSH dibawah Kategori Baharu.

Baki pembayaran bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU akan disalurkan secara ‘one-off’ pada fasa kedua.

Bagaimanapun, bagi penerima pedalaman juga turut akan menerima pada tarikh yang sama dan yang tiada akaun akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

Leave a Reply