2,897 akan disaring kali kedua

0

Kerajaan memberi tempoh dua hari bermula semalam (25 Julai) kepada 2,897 individu untuk jalani saringan COVID-19 kali kedua.

Bermula Isnin ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan menangkap serta mendakwa mereka yang gagal tampil memberi kerjasama.

Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam juga telah memutuskan untuk mengetatkan semula SOP setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan bahawa SOP mengenai sambutan Aidiladha dan kru kapal akan dibincangkan nanti di dalam mesyuarat khas esok (27 Julai).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply