287 penuntut IPT dihantar pulang ke Kota Kinabalu

0

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan seramai 287 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dihantar pulang melalui penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu kelmarin.

Hari ini, kira-kira 1,193 pelajar dijadualkan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Daripada jumlah itu, sebanyak 287 pelajar dengan tiga penerbangan akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Manakala, 166 pelajar turut dijadualkan dengan satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu serta dari Kuching ke Kota Kinabalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply