287 PATI, 28 tekong ditahan atas cubaan memasuki negara secara haram

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawalan sempadan negara yang sedang dijalankan akan berterusan terutamanya lorong-lorong tikus.

Kawalan diperketatkan untuk menyekat kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) kerana bimbang akan kehadiran PATI menjelang sambutan perayaan Aidilfitri sekaligus dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Operasi benteng atau kawalan sempadan negara ini dianggotai oleh beberapa agensi penguatkuasa sempadan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan juga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Hasil usaha agensi-agensi ini, 287 PATI dan 28 tekong telah ditahan di atas cubaan memasuki negara secara haram.

Mereka yang ditahan cuba membolosi kawasan sempadan negara di Pantai Barat Semenanjung, kawasan sempadan Utara Malaysia-Thailand, kawasan sempadan Sarawak- Indonesia dan juga Pantai Timur Sabah.

Pihak berkuasa berjaya mengusir 29 PATI dan tiga tekong yg mencuba memasuki kawasan sempadan negara.

Kerajaan akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan khususnya lorong-lorong tikus malah tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menceroboh sempadan negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply