2,828 bangunan kerajaan, 1,893 tempat awam dan 2,134 pusat perniagaan telah disanitasi

0

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan 67 operasi sanitasi meliputi 22 zon merah dan kuning di enam negeri.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sanitasi terbabit termasuklah 33 operasi di Johor dan 12 di Sabah.

“Sehingga kini, sanitasi telah merangkumi 2,828 bangunan kerajaan, 1,893 tempat awam, 2,134 pusat perniagaan.

“Selain itu, operasi di bawah seliaan KPKT juga telah menjalankan 1,519 sanitasi di kawasan perumahan termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 305 pasar raya.

“Operasi Sanitasi Awam COVID-19 setakat hari ini adalah sebanyak 5,069 diadakan termasuk di 61 zon kuning dan merah,” kata beliau dalam sidang media petang tadi.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 01 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply