Kerajaan perhalusi pendekatan bantu rakyat Malaysia di Arab Saudi

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein memandang serius beberapa komen di laman media sosial Facebooknya yang menyatakan terdapat rakyat Malaysia di Arab Saudi telah kehilangan pekerjaan disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan dan berbincang dengan Duta Arab Saudi di Malaysia, TYT Mahmoud Hussein Saeed Qattan permasalahan berkenaan.

Beliau berkata masalah ini perlu diketengahkan bagi membolehkan kerajaan termasuk Wisma Putra perhalusi pendekatan sesuai untuk terus membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.

“Semasa krisis COVID-19 ini, bukan mudah untuk menyelesaikan semua masalah sekaligus.

“Namun, kita akan usaha yang terbaik demi keselamatan dan kebajikan rakyat kita,” tegas Dato Seri Hishamuddin.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Saya dapat beberapa komen di Facebook saya beritahu ada rakyat Malaysia di 🇸🇦 Arab Saudi kehilangan kerja disebabkan…

Posted by Hishammuddin Hussein on Tuesday, 30 June 2020

Leave a Reply