269 pusat kuarantin masih aktif seluruh negara

0

Berhubung maklumat terkini pengurusan pusat kuarantin, sehingga jam 8.00 pagi hari ini (28 Mei), sebanyak 269 jumlah keseluruhan pusat kuarantin yang masih aktif di seluruh negara.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 174 pusat kuarantin digunakan untuk menempatkan 12,913 Person Under Surveillance (PUS) setakat hari ini.

Manakala 95 pusat kuarantin bersiapsiaga untuk diaktifkan jika terdapat keperluan bagi menempatkan PUS.

Kira-kira 886 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Mesir, Hong Kong, Jepun serta Qatar dan telah dikuarantin untuk menjalani proses kuarantin wajib kelmarin.

Seramai 43,025 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu dan 34,445 individu telah menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing sehingga hari ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply