26 dikompaun gagal pakai topeng muka

0

26 individu di kompaun pada hari pertama penguatkuasaan pemakaian wajib topeng muka dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata sebanyak 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi semalam kerana gagal mematuhi SOP.

“Kompaun bernilai RM1,000 telah diberikan kepada mereka mengikut perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 7) 2020.

“Tindakan ini diambil selari dengan ketidakpatuhan mereka terhadap SOP dan protokol yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami memberi amaran keras serta tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP terutamanya penggunaan topeng muka di tempat awam,” kata beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply