24 PATI ditahan

0

Seramai 24 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam operasi OP BENTENG ketika sedang membuat pergerakan pulang ke negara asal kira-kira jam 10.30 malam.

Menerusi tangkapan yang dilakukan oleh pasukan Rejimen ke-61 Artileri Diraja (61 RAD), 21 orang terdiri daripada lelaki dan tiga wanita serta seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai sebagai tekong yang membawa masuk PATI.

Dalam serbuan semalam turut dirampas sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex yang digunakan untuk membawa kesemua PATI tersebut.

Susulan kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut serta pemeriksaan ujian COVID-19 akan dilaksanakan hari ini di Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

Siaran Media Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, 2 Julai 2020: OP BENTENG – TANGKAPAN PATI OLEH PASUKAN 61 RAD#OP_Benteng#MAFNews

Posted by Tentera Laut Diraja Malaysia on Thursday, 2 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply