234 warga Malaysia terkandas di Arab Saudi selamat tiba di tanah air

0

Seramai 234 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi telah berangkat pulang ke tanah air semalam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.51 tengah hari tadi.

Atas usaha dan mudah cara Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, kesemua warga tempatan telah selamat dibawa pulang dengan penerbangan repatriasi Saudia Airlines dengan kos pembiayaan ditanggung secara persendirian oleh para penumpang.

Selaras SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua yang tiba di ibu negara perlu menjalani proses saringan kesihatan setibanya di KLIA dan diwajibkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing.

Memetik kenyataan media, Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau situasi semasa serta akab terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia.

Posted by Wisma Putra on Friday, 3 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply