Covid-19 : RM100 billion nilai inisiatif bagi kesemua langkah yang diambil kerajaan

0

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 billion nilai inisiatif bagi kesemua langkah yang diambil kerajaan untuk membolehkan golongan peminjam dapat kelonggaran menangguhkan bayaran balik pinjaman.

Ia termasuk penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 march 2020.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri, inisiatif ini dijangka amat melegakan peminjam dan “creditors” khususnya golongan B40 dan juga pelbagai golongan yang sangat terdedah kepada risiko kegagalan membayar balik pinjaman, kredit yang diperolehi melalui pelbagai institiusi bank dan kewangan negara akibat dari penularan wabak jangkitan virus covid 19.

“Keputusan ini dibuat atas pertimbangan Bank Negara Malaysia yang merupakan badan pengawal perkhidmatan bank dan institiusi kewangan iaitu agensi pusat dibawah kawalselia kementrian kewangan Malaysia.

“Antara pakej tawaran tersebut ialah bermula 1 april 2020 kesemua bank bank tempatan diminta melaksanakan penangguhan rasmi ( moratorium) bayaran balik sehingga 6 bulan kepada peminjam individu dan Perusahaan kecil dan sederhana ( SME) sebagai “ cushion impact” bagi menghadapi alamsekitar perniagaan yang amat mencabar ini”, katanya dalam satu kenyataan media di facebook rasminya.

Tambah beliau, selain daripada itu bagi mengekalkan operasi syarikat perniagaan dan kemampuan mereka mengekalkan peluang pekerjaan, bank-bank tempatan juga digesa untuk membenarkan permohonan “ restructuring of loans and debts” syarikat syarikat yang terjejas.

Ujarnya, penstrukturan ini untuk membolehkan mereka dapat menyesuaikan ( tailor) dengan keupayaan semasa mereka yang terjejas akibat krisis yang melanda ini.

“Para pemegang kad kredit juga dibenar untuk menukar bentuk kredit mereka tersebut kepada pinjaman berjangka atau “ term loan “Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kedit ini boleh dimanafaat peminjam bermula 1 april -31 hb hingga ke tarikh disember Diharap semua inisiatif yang ditawarkan ini dapat dimanafaat oleh rakyat serta golongan peniaga supaya mereka mampu mengharungi zaman getir pandamik yang belum pernah melanda dunia sebegitu serius”, katanya.

Kementerian kewangan juga dijangka akan merangka pelbagai strategi yang lebih komprehensif dari aspek monetari dan fiskal.

Ia bagi menghadapi situasi ini khusus terkandung dalam pakej stimulus prihatin yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri seawal jumaat ini.

Rakyat diseru tidak panik, bersabar dan menaruh kepercayaan kepada kepimpinan negara, kementerian kewangan, penjawat awam dan Majlis tindakan Ekonomi untuk merangka preskripsi dan langkah langkah yang mampu mengurus ekonomi negara dengan baik.

“Pengalaman kita menangani krisis kewangan negara pada tahun 1997, wabak global SARS tahun 2002 .Dengan sokongan dan pertolongan rakyat kita percaya kita akan mampu mengatasinya sekali lagi”, katanya. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply