18,815 kes positif baharu Covid-19

0

Sebanyak 18,815 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Twitter, bilangan itu menjadikan kes positif keseluruhan di negara ini meningkat kepada 2,049,750 kes.

Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 3,660 kes.

Ia disusuli Selangor 2,718 kes baharu; Johor (2,206); Sabah (1,982); Pulau Pinang (1,777); Perak (1,446); Kedah (1,233) dan Kelantan 1,222 kes baharu.

Terengganu pula mencatatkan 814 kes; Pahang (712); Kuala Lumpur (493).

Melaka (269); Negeri Sembilan (170) manakala tiga negeri serta wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (80), Putrajaya (22) dan Labuan dengan 11 kes.

Berikut pula status terkini kapasiti dan penggunaan katil Covid-19 juga pemberian vaksin dan kes baharu.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply