186 ditahan dan direman, 728 dikompaun kerana ingkar PKPB

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan dalam Sidang Media Khas, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (28 Mei 2020) sebentar tadi telah mengemaskini perkembangan terbaharu mengenai cubaan merentas negeri.

Menurut beliau, sebanyak 842 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah ianya terdapat sedikit peningkatan dari 824 kenderaan pada hari sebelumnya.

“Bagi negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor 514, Negeri Sembilan 54 dan juga Melaka 51”, ujar beliau.

Kelmarin, pihak PDRM juga telah menahan dan mereman 187 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan turut mengeluarkan kompaun kepada 728 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

Daripada 473 kompaun yang dikeluarkan di balai polis, 64 kompaun yang dikeluarkan adalah atas kesalahan ziarah Aidilfitri kerana sepertimana orang awam sedia maklum, aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.

Selain diarahkan berpatah balik, pihak polis juga mengeluarkan sebanyak 244 kompaun di lapangan dan 203 dikeluarkan di sekatan jalan raya yang terlibat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply