17,174 individu sedang jalani kuarantin wajib

0

Sehingga jam 8.00 pagi hari ini (22 Mei 2020), sebanyak 268 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 263 pada hari sebelumnya (21 Mei 2020) dan 17,174 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Semalam seramai 913 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan terus menjalani proses dikuarantin wajib.

Bagi 39,481 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, mereka telah menjalani proses kuarantin wajib sejak 3 April lalu dan sehingga hari ini seramai 30,976 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib telah dibenarkan pulang.

“Bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air yang mana terpaksa melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di luar negara, dan bagi yang tinggal agak jauh dari Kedutaan Malaysia di luar negara, sebenarnya pihak Kedutaan menyatakan mereka boleh mengisi borang untuk pulang dan juga mengisi borang akur janji bagi pembayaran hotel yang akan dikenakan secara atas talian (online),” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply