17 Mac 1824, 10 Mac 1909, 9 Julai 1909, tarikh kemerdekaan sebenar Malaysia – Datuk Mazri Muhammad

0

Konsultan Bebas Datuk Mazri Muhammad berkongsi fakta berkenaan tarikh kemerdekaan sebenar Malaysia.

Bunyinya agak janggal kerana apa yang kita sedia maklum tarikh kemerdekaan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1957.

Bagi Datuk Mazri, beliau mendakwa British memang hebat menggaya dan mengayat.

Ini kerana tarikh kemerdekaan sebenar negara adalah pada 17 Mac 1824 atau 10 Mac 1909 atau 9 Julai 1909.

“British memang mempunyai Otak Geliga contohnya Pangkor Engagement atau Perjanjian Pangkor (1874).

“Mula-mula mereka masuk campur sebagai ‘Abang’ yang cuba mengamankan adik-adik bangsa Asia yang bermasalah cuba baca lima para preamble atau mukadimah yang pertama teks perjanjian di bawah

“Melalui Artikel 1-4 British menyelesaikan perbalahan yang menjejaskan hasil mahsul yang berpotensi mereka kutip. Sila rujuk “preamble” 1-5.

“Artikel 5 British menyejukkan hati.

“Namun melalui Artikel 6-10 mereka tikam. British kata adik-adik ku hendaklah menerima wakil kekanda yang hendaklah adinda tanggung atau bayar segala keperluannya,” katanya.

Menurut Datuk Mazri, tugas British pada waktu itu adalah hanya menasihat tetapi nasihatnya bersifat ‘Wajib Dengar’ dan ‘Wajib Laksana’ dalam mentadbir negeri kecuali dalam hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu.

“Mereka PS pula by the way kutipan hasil akan diuruskan oleh kami dan akan kegunaannya juga, ini termasuk untuk bayar kos menghoskan kami.

Artikel 4 Perjanjian Persekutuan 1895 mencipta pula jawatan “Resident General” yang terpaksa ditanggung dan diikut-paksa nasihatnya dan bertanggungjawab pula dibawah “Gabenor Straits Settlement” (Negeri-negeri Selat yg merupakan KOLONI Inggeris)”, katanya.

Jelas beliau lagi, artikel 5 Perjanjian Persekutuan 1895 menyatakan kalau kami nak perang sila tanggung kos tentera untuk membantu, kami akan tentukan tentera dari mana.

Begitulah bersopan-santun Inggeris menyelak apa yang menjadi hak kepada kita sehingga kita tidak menyedari sehingga terlambat.

Pun begitu kata Datuk Mazri Malaysia masih bernasib baik kerana tidak dijajah oleh Portugis.

Ini kerana selepas menakluk Melaka Portugis membina A Famosa dan mereka berminat untuk menjajah seluruh Semenanjung.

Dan jika ia berlaku misalnya, sudah tentu negara kita akan senasib Timor Leste atau Brazil.

Andai dijajah oleh Sepanyol, Malaysia akan menjadi seperti Filipina, manakala jika dijajah oleh Siam maka jadilah Malaysia seperti Kerajaan Pattani dan jika dijajah oleh Belanda maka kemungkinan besar jadilah kita Wilayah ke-35 negara jiran.

“Terima Kasih Belanda kerana menandatangani Perjanjian ‘Anglo-Dutch Treaty 1824’ atau Perjanjian London lalu mendapatlah British apa yg mereka tidak miliki dan melepaslah Belanda apa yang mereka tidak punyai.

“Terima Kasih Siam kerana menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 kesannya serupa diatas.

“Terima Kasih Sepanyol kerana sudah membahagi dunia dengan Portugal melalui Perjanjian Toledo 1479/1480 dan Perjanjian Tordesillas 1494 dan tidak menyibuk di semenanjung bertuah ini jika tidak terhidang Lechonlah kita” katanya.

Justeru cadangan Datuk Mazri, sudah tiba masanya Malaysia mengkaji semula tarikh kemerdekaan negara dan pastinya lebih molek tarikh menyambut Hari Kebangsaan ditukar kepada salah satu tarikh berkenaan.

Datuk Mazri Muhammad adalah Konsultan bebas & pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke 6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (2009-2013)

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

Leave a Reply